Search This Blog

Sunday, April 17, 2011

Tajuk 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

ETIKA KOMPUTER

  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


MASALAH MORAL DAN ETIKA

Penggertak (Cracker)

  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
  • Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.


Penyalahgunaan Internet

  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.


Virus

  • Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.


Hakcipta

  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.


Perisian cetak rompak

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

KESEIMBANGAN

  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.


KEIZINAN TERMAKLUM

  • Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.


KEADILAN

  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.


MEMINIMUMKAN RISIKO

  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.



RUKUN ETIKA KOMPUTER

  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.


ISU ETIKA KOMPUTER DAN ORANG AWAM

  • Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran
  • Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding mereka yang memang dalam bidang pengkomputeran
  • Kurang arif mengenai undang-undang siber
  • Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu-isu berkaitan etika komputer.
  • Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.


KERANGKA KOD ETIKA

Kebanyakan syarikat dan organisasi profesional membangunkan kod etika masing-masing. R.O. Mason [et al.] mengkategorikan isu etika kepada 4 iaitu:

  • Kebersendirian
  • Ketepatan
  • Hak milik
  • Capaian


ISU KEBERSENDIRIAN

  1. Apakah maklumat mengenai seseorang (maklumat peribadi) yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain?
  2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kakitangan
  3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain
  4. Apakah maklumat mengenai individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data.
  5. Sejauhmanakah selamatnya maklumat tersebut?


ISU KETEPATAN MAKLUMAT

  1. Siapa bertanggungjawab mengenai ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul
  2. Bagaimana memastikan maklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?
  3. Siapa dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas.


ISU HAK MILIK

  1. Siapa memiliki maklumat
  2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat
  3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian (menyalin perisian yang dilindungi oleh hak cipta)
  4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik
  5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi
  6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan
  7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan


ISU CAPAIAN

  1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
  2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat
  3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kakitangan yang tidak berupaya
  4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat
  5. Apakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

No comments:

Post a Comment