Search This Blog

Monday, April 18, 2011

Tajuk 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

VIDEO
  • Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

  1. MPG
    • Bermaksud Motion Pictures Expert  Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan  VCD.
  2. AVI (Audio Video Interleave )
    • Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun  1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.
  3. MOV
    • Merupakan format video untuk perisian  Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer  Company.

  • Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF

AUDIO
  • Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
  • Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
  • Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan
  • Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:

  1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
    • Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
  2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
    • Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
  3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
    • Format yang boleh diterima pakai diseluruh  dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
  4. SND/Sound
    • Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
  5. WAVE/ WAV
    • Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
  6. SUN AUDIO/ AU
    • Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
  7. MPEG (Moving Picture Experts Group)
    • Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik  melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

  • Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

No comments:

Post a Comment