Search This Blog

Loading...

Monday, April 18, 2011

Tajuk 15 : Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

SEMINAR
  • Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
  • Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
  • Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
  • Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
  • Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
  • Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.

PAMERAN
  • Pengertian Pameran
    • Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
  • Jenis-jenis Pameran:
    • Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
    • Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
    • Pameran Keliling (Traveling Exhibition
  • Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
  • Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
  • Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit.