PENGENALAN
- Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan.
- Pengarangan (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers).
- Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.
4 PERSPEKTIF ALAT PENGARANGAN
- ALATAN (TOOLS)
- Pakej perisian yang mengarang produk multimedia.
- Termasuk pengaturcaraan (C++) dan perisian grafik (Photoshop).
- PRODUK (ATAU APLIKASI)
- Hasil dari gabungan kandungan/prosidur dengan menggunakan alat pengarangan.
- PEMBANGUN
- Pengaturcara (programmer), pengarang (author) multimedia dan pereka (designer) produk multimedia.
- PENGGUNA
- Pelanggan yang menggunakan produk multimedia.
PEMILIHAN ALATAN MULTIMEDIA
- Alat pengarangan bagi multimedia adalah berbeza-beza dari aplikasi pemproses kata yang mudah sehinggalah ke persekitaran multimedia yang kompleks.
- Pemilihan alat untuk membangunkan produk multimedia bergantung kepada bilangan keperluan yang dikehendaki oleh pengguna.
KRITERIA PEMILIHAN ALATAN
- FUNGSI
- Pemahaman yang lengkap bagaimana produk akan terhasil, selalunya bergantung kepada padangan dari pengguna.
- KANDUNGAN
- Format, bilangan atau jenis data yang akan digunakan di dalam produk tersebut.
- PERKAKASAN
- Platform perkakasan yang dijangka untuk ‘run’ produk.
- Ia juga meliputi keperluan paparan dan juga kemudahan audio dan video.
- PERISIAN
- Keperluan perisian seperti system pengendalian (operating system) ataupun antaramuka dengan perisian lain seperti pangkalan data.
- PERSEMBAHAN
- Kelajuan dan keberkesanan yang dijangka semasa menggunakan produk.
- Selalunya memerlukan ruang storan yang besar kerana menyimpan data yang terdiri dari pelbagai media.
- ANTARAMUKA PENGGUNA
- ‘screen layout’, persembahan data, kedudukan kawalan dan visual kepada pengguna.
- Anataramuka pengguna bergantung kepada kebolehan pengguna itu sendiri.
- Jadi, pembangun perlu tahu setakat mana pengetahuan atau kemahiran pengguna.
- Jika pengguna kurang mempunyai pengetahuna komputer, antaramuka mestilah mudah dan ringkas.
- PANGKALAN DATA
- Pembangun perlu tentukan samada produk memerlukan pangkalan data atau tidak.
- Ini selalu bergantung kepada bilangan data yang perlu disimpan di dalam produk.
- ‘MAINTENANCE AND UPDATE’
- Kebanyakan produk multimedia sentiasa berubah dan dikemaskini kandunganya.
- Maka ia memerlukan sokongan sepanjang masa supaya pengguna tidak bertukar ke produk yang lain.
- MUKA (PAGE)
- Muka disini mempunyai istilah yang berbeza bergantung kepada produk yang digunakan.
- Antara istilah lain yang biasa digunakan ialah bingkai (frame), pentas (stage), template ataupun tertingkap (window).
- Muka berperanan sebagai bekas (container) untuk objek lain seperti teks, grafik atau kawalan (eg : buttons).
- Selalunya ia berupaya menyediakan kesan (effects) pada paparan seperti ‘fade in/out’ pada skrin.
- KAWALAN
- Kawalan membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan produk.
- Kawalan juga digunakan untuk menguruskan aliran data, mengumpul data ataupun menguruskan objek seperti ‘zooming’ dan kawalan video.
- DATA
- Data bergantung kepada alat pengarangan yang digunakan.
- Data akan disimpan sebagai sebahagian daripada aplikasi atau sebagai fail luar yang akan dicapai apabila program dilarikan.
- Data yang disimpan di dalm apliaksi dapat dicapai dengan lebih pantas berbanding dengan yang disimpan di luar aplikasi.
- Tetapi data yang disimpan di luar memerlukan masa yang singkat untuk memulakan program.
- Lagi kebaikan penggunaan data luaran ialah jika pengemaskinian dilakukan, ia tidak akan melibatkan laat pengarangan langsung.
- Jenis-jenis data termasuklah :
- Teks
- Grafik
- Audio
- Video
- Pangkalan data
- LARIAN (EXECUTION)
- Larian merupakan proses yang mengawal persembahan dan jujukan aplikasi.
- 2 aspek penting : perkakasan dan perisian.
- Perkakasan memerlukan ingatan yang besar dan kelajuan pemproses yang tinggi.
- Manakala perisian pula sering bertukar versi dan cepat berkembang.
- Selalunya ia merupakan aturcara komputer aras tinggi
No comments:
Post a Comment