Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

PENCARIAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU 4

TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
DALAM PENGAJARAN
DAN PEMELAJARAN
BAHASA MELAYU
Teori dan Praktis

Editor
Zamri Mahamod
Mohamed Amin  Embi

KARISMA  PUBLICATIONS  SDN. BHD. (519631.P)
SHAH ALAM
2008

BAB 1

ISU BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI:FUNGSI, MASALAH DAN CABARAN

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi


KANDUNGAN BAB

Bab ini membincangkan tentang masalah, cabaran dan penyelesaian yang boleh dibuat dalam menangani penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Apakah masalah yang menjadi faktor penghalang kepada penggunaan TMK dalam pendidikan Bahasa Melayu? Bagaimanakah cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan penggunaan TMK ketika mengajar Bahasa Melayu? Untuk rnembantu guru-guru bahasa ini mengajar dengan baik dan efektif dicadangkan beberapa jalan penyelesaian bagaimana hendak mernbantu guru-guru Bahasa Melayu menggunakan TMK ketika mengajar. Secara keseluruhan, bab ini membantu guru Bahasa Melayu, guru  lain-lain mata pelajaran bahasa serta guru-guru mata pelajaran lain  tentang:

  • Kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam era TMK.
  • Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa TMK .
  • Masalah yang sering dihadapi ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam bilik darjah.
  • Cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh guru ketika mengajar menggunakan TMK.
  • Langkah-langkah untuk mengatasi dan menangatasi penggunaan TMK  ketika mengajar.


PENGENALAN

Proses P&P bahasa berkembang mengikut peredaran masa dan zaman. Antara aspek pedagogi yang berkembang sering dengan kemajuan TMK ini ialah kaedah dan strategi P&P dan penggunaan alat bantu mengajar ketika mengajar. Kaedah dan strategi P&P terkini yang diberi penekanan seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Bestari ialah kaedah pemelajaran masteri, konstruktivisme, kontekstualisme, koperatif, kolaboratif, inkuiri, berasaskan pendidikan masa depan dan sebagainya. Demikian juga penggunaan alat bantu mengajar pada abad ke-21 dalam konteks P&P juga sudah mengalami evolusi dan mengkagumkan. Penggunaan komputer, Internet, perisian P&P dalam semua mata pelajaran yang diajar pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun universiti kini menjadi satu keperluan dan bukan lagi sebagai satu alat hiasan untuk murid  atau pelajar melihatnya.

Pengenalan mata pelajaran Literasi Komputer pada tahun 1985 di peringkat sekolah menengah atas menjadi titik tolak kepada bermulanya penggunaan TMK secara menyeluruh dan bersepadu secara berperingkat termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu diajar menggunakan teknologi komputer sebagai satu kaedah P&P Bahasa Melayu terkini. Pendekatan pengajaran guru bahasa yang menggunakan komputer dalam P&P ini dikenali sebagai Kaedah Pemelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK). Pendekatan PBBK ini menjadikan proses P&P
Bahasa Melayu semakin menarik dan efektif. Menurut Mohammed Sani (1998), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan proses P&P lebih efisien tanpa menganggu objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu mengintergrasikan TMK dalam kurikulum sekolah untuk mencapai objektif P&P yang telah ditetapkan.

Walaupun penggunaan TMK seperti komputer dan Internet menjadikan semakin penting, seringkali timbul pelbagai masalah kepada banyak pihak terutamanya kepada guru dan pelajar. Masalah-masalah ini perlu dihuraikan bagi makluman dan pengetahuan semua pihak, khususnya dalam kalangan pendidik Bahasa Melayu bahawa TMK juga memberi kelebihan dan juga kekurangan kepada guru-guru dalam melaksanakan penggunaan TMK dalam P&P di dalam bilik darjah. Segala kelebihan dan kekurangan dalam penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu akan membantu guru-guru Bahasa Melayu merancang dengan baik P&P mereka.

KEDUDUKAN  DAN PERANAN BAHASA MELAYU PADA ERA TMK

TMK merupakan penemuan dan inovasi yang dicipta dan dikembangkan bijak pandai dari dunia Barat. Bagi mengembangkan ilmu TMK ini, Bahasa Inggeris digunakan seluas-luasnya tanpa sempadan geografi. Atas sebab itu, TMK telah tersebar luas ke seluruh dunia hingga sehingga ke negara di mana Bahasa Inggeris bukan bahasa rasmi atau bahasa utama seperti di Malaysia, India, dan lain-lain negara. Menurut Nik Safiah (1999), apabila TMK dikembangkan dalam Bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan itu perlu disesuai dan diselarikan dengan bahasa rasmi dan utama di negara yang tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka. Sebagai contoh di Malaysia oleh kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, maka Bahasa Inggeris perlu dibuat penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan Bahasa Melayu menjadi selari dengan Bahasa Inggeris. Yang dimaksudkan di sini ialah walaupun Bahasa Inggeris bermula dan kekal sebagai satu bahasa penting dalam dunia teknologi maklumat, namun ada ruang bagi penggunaan Bahasa Melayu mengikut  keperluan masyarakat dan negara Malaysia. Perspektif demikianlah yang digunakan apabila melihat persoalan kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam konteks kemajuan yang dirancangkan di negara ini.

Sebenarnya tidak ada masalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK di Malaysia. Kata-kata yang menyatakan bahawa apabila Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan fungsinya hanyalah satu andaian yang salah dan kurang tepat. Terdapat satu unsur prejudis dan berniat jahat sesetengah pihak yang cuba ingin menghuru-harakan khalayak penutur Bahasa Melayu bahawa apabila Bahasa inggeris mengambii alih fungsi dalam penggunaan teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan sama sekali fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi maklumat. Dalam hal ini, Nik Safiah (1999), dengan tegas dan yakin bahawa tidak ada sifuasi 'kalah-menang' dalam isu bahasa dalam TMK di Malaysia.

Dengan bahasa yang lebih mudah, penggunaan Bahasa Inggeris tidak akan menolak penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahkan bahasa TMK sekalipun.Tidak sekali-kali penggunaan Bahasa Melayu dalam dunia TMK membawa erti Bahasa Inggeris tidak lagi boleh digunakan. Sikap yang sihat perlu diwujudkan dalam memahami peranan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di era teknologi maklumat. Orang yang begitu kagum dengan Bahasa Inggeris jangan cepat membuat kesimpulan yang salah. Semua rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam konteks dunia ilmu dan arena antarabangsa. Oleh itu, tidak ada yang mahu menolak langsung Bahasa Inggeris, apatah lagi dalam dunia TMK ini. Ini menjelaskan kepada kita bahawa Bahasa Inggeris tidak mengancam kedudukan dan kedaulatan Bahasa Melayu, sebaliknya memperkaya lagi istilah tatabahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK seperti mana terbitnya Kamus Komputer oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995.

Pada masa ini, pendirian yang dipegang oleh sebahagian besar penduduk Malaysia ialah dunia TMK itu dunia Bahasa Inggeris, dan bahasa lain tidak mampu menangani dan mengatasi penggunaannya.Walau bagaimanapun, kenyataan ini disanggah dan disangkal oleh Nik Safiah (1999) yang menyatakan bahawa walaupun dunia awal TMK ialah dunia Bahasa Inggeris,tetapi apabila diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan orang Melayu, kita ada peluang untuk menjadikan dunia TMK tersebut dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan tidak mampu menangani teknologi maklumat, tetapi oieh sebab TMK merupakan satu industri dan disiplin ilmu yang baharu bagi kita kerana datangnya daripada budaya orang lain, maka Bahasa Melayu perlu dilengkapkan dengan istilah yang cukup dan memenuhi maksud yang digunakan dalam Bahasa lnggeris. Antara lainnya ialah mencipta istilah komputer dalam Bahasa Melayu seperti terbitnya Kamus Komputer pada tahun 1995 itu.

Bagi seseorang yang pertama kali berhadapan dengan komputer, istilah 'mouse' atau 'tetikus' sama pelik bunyinya. Oleh itu, soal berasa pelik ganjil atau tidak sesuai dengan Bahasa Melayu tidak timbul dan bukan suatu persoalan yang perlu diperbahaskan. Selagi tidak ada perkataan yang sesuai dengan Bahasa Melayu, maka selagi itu istiiah yang dicipta dalam Bahasa Inggeris itu boleh digunakan. Namun begitu, jika dilihat dalam Kamus Komputer (1995), hampir kesemua istilah TMK dan komputer sudah ada. Cuma yang menjadi persoalan ialah sikap kita terhadap istilah-istilah komputer yang dicipta dalam Bahasa Melayu  itu. Bagi kebanyakan penutur Bahasa Melayu, mereka lebih suka menggunakan istilah Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Sebagai contoh, istilah 'keyboard, personal computer, download, password' dan lain-lain lebih biasa, mudah disebut dan digunakan secara meluas berbanding istilah 'papan kekunci, komputer peribadi, muat turun, kata laluan' dan lain-lain dalam Bahasa Melayu. Ini semuanya lebih berpunca daripada sikap kita yang sentiasa memandang rendah kemampuan Bahasa Melayu dan mengagung-agungkan sesuatu yang baik dari luar, sedangkan fungsi dan peranannya adalah hampir sarna.

Kesimpulannya Bahasa Melayu masih mempunyai tempat dalam dunia TMK dengan syarat bahasa ini terlebih dahulu dilengkapkan dengan istilah-istilah TMK terkini berserta dengan maksudnya yang tepat. Sikap pengguna Bahasa Melayu juga perlu diubah jika kita mahukan istilah TMK yang diterjemah atau dibina dalam Bahasa Melayu dapat digunakan dengan meluas dalam bidang TMK di Malaysia. Peranan pemimpin kerajaan, ahli akademik, pejuang bahasa, badan bukan kerajaan dan mereka yang cintakan Bahasa Melayu perlu sama-sama menggembleng tenaga untuk memastikan Bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa teknologi maklumat.

USAHA-USAHA PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG TMK

Dalam memastikan istilah-istilah Bahasa Melayu diterima secara meluas dalam dunia TMK maka usaha-usaha berterusan perlu dilakukan agar Bahasa Melayu boleh diperkasa dan diperkembangkan seiring dengan kemajuan TMK itu sendiri. Nik Safiah (1999) berpendapat usaha-usaha pemerkasaan Bahasa Melayu dalam bidang TMK meliputi bidang-bidang berikut:

  • Pembinaan kosa kata 
  • Pembinaan pengguna Bahasa Melayu yang baik dan betul
  • Pembinaan laras
  • Pembinaan bahan 


Pembinaan Kosa Kata TMK dalam Bahasa Melayu

Seperti yang telah dijelaskan, Bahasa Melayu hanya dapat menangani bidang TMK sekiranya wujud semua istilah yang relevan. Istilah-istilah ini tidak semestinya terdiri daripada ungkapan-ungkapan tulen daripada Bahasa Melayu, tetapi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk Pinjaman daripada Bahasa inggeris dengan atau tanpa membuat penyesuaian kepada sistem bunyi Bahasa Melayu, dan menterjemah ke dalam Bahasa Melayu konsep serta istilah Bahasa Inggeris. Contohnya banyak istilah seperti Intemet, e-mel, multimedia, tetikus, pepijat, laman web, perisian, cakera padat, pengaturcaraan, pemprosesan data dan sebagainya telah digunakan secara meluas dalam penulisan berbahasa Melayu.

Yang menjadi masalah ialah manusia atau pengguna bahasa itu sendiri. Oleh kerana terlalu biasa dengan Bahasa Inggeris, maka mereka menganggap istilah-istilah dalam Bahasa Meiayu dianggap pelik, ganjil dan janggal bunyinya (Nik Safiah 1999). Di sini, kepercayaan dan semangat patriotisme terhadap sifat Bahasa Melayu perlu dipupuk. Janganlah, kerana terlalu biasa makan keju, maka rasa belacan sudah tidak enak lagi. Kita tidak mahu perumpamaan 'Kera di hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan'. Kita tidak mahu apabila terlalu kemaruk dan taksub terhadap Bahasa Inggeris, maka kita mengenepi, meminggir dan menganaktirikan Bahasa Melayu. Semua pihak, terutama Bahagian Peristilahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, hendaklah
berusaha menyediakan kosa kata yang cukup supaya alasan tidak ada istilah diulang-ulang sebagai sebab mengapa Bahasa Melayu tidak dapat digunakan dalam dunia TMK. Begitu juga masyarakat pengguna Bahasa Melayu supaya menghormati dan mengiktiraf kebolehcapaian Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kesimpulannya pembinaan kosa kata Bahasa Melayu dalam bidang TMK perlu dilipat ganda usaha untuk menjadikan ia satu realiti. Semua pihak perlu bergembleng tenaga untuk memastikan bahawa Bahasa Melayu juga mampu menghuraikan dengan mendalam dan tepat hal-hal berkaitan dengan TMK. Kita tidak mahu lagi ada pihak, terutamanya orang-orang yang berpendidikan Inggeris dan luar negara untuk memomok dan merendah-rendahkan kedudukan dan kemampuan Bahasa Melayu.Daripada pucuk pimpinan  negara sehinggalah pihak pelaksana dan rakyat jelata harus bekerjasama menggunakan istilah-istilah TMK yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara meluas. Dengan cara ini, kita dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK setanding dengan Bahasa Inggeris. Jika tidak kita siapakah yang akan mengubah persepsi bahawa Bahasa Inggeris lebih sesuai digunakan sebagai bahasa TMK berbanding Bahasa Melayu?

Pembinaan Pengguna Bahasa Melayu dalam TMK

Kita telah membina satu generasi yang menerima seluruh pendidikan mereka dalam Bahasa Melayu. Mengapa pula tidak dapat diwujudkan pengguna TMK yang terdiri daripada generasi ini? Nik Safiah (1999), menegaskan bahawa jika Bahasa Melayu dilengkapkan dengan istilah yang cukup, maka kita dapat mewujudkan pengguna TMK yang menguasai Bahasa Melayu. Realiti sebenarnya di Malaysia ialah penutur Bahasa Melayu bukan hanya orang-orang Melayu sahaja tetapi juga kaum-kaum lain seperti kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Ada yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bahasa kedua atau bahasa asing. Sebagai contoh, orang-orang Melayu yang berada dan berkedudukan tidak lagi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa petuturan di rumah, sebaliknya Bahasa inggeris. Ini telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan bukan lagi sebagai bahasa utama atau ibunda mereka. Keadaan bertambah rumit dan kritikal apabila anak-anak mereka dihantar ke sekolah yang mana Bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantarnya.

Selain itu, terdapat juga pengguna TMK yang tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik disebabkan oleh faktor pendidikan yang diterima. Oleh kerana sistem pendidikan di Malaysia terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, maka mereka yang tidak terdidik melalui sistem pendidikan kebangsaan seperti belajar di sekolah jenis kebangsaan (sistem pendidikan Cina dan Tamil) atau mendapat pendidikan di luar negara atau mereka menerima pendidikan sebelum sistem pendidikan kebangsaan diperkenalkan di negara ini adalah kumpulan yang perlu diberi perhatian jika kita ingin memastikan bahawa mereka tahu menggunakan istilah TMK dalam Bahasa Melayu. Golongan inilah yang kurang menggunakan istilah-istilah TMK yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Nik Safiah (1999), mencadangkan tiga cara bagaimana hendak menangani kumpulan masyarakat Malaysia ini:

  • Menyakinkan mereka bahawa perlunya menggunakan Bahasa Melayu di samping Bahasa Inggeris.
  • Mempertingkatkan penggunaan Bahasa Melayu mereka ke tahap yang memuaskan.
  • Membiasakan mereka dengan penggunaan Bahasa Melayu  dalam bidang TMK dan situasi-situasi tertentu yang melibatkan komputer dan Internet.


Rumusannya, pengguna Bahasa Melayu sama ada mereka yang menutur Bahasa Melayu sebagai penutur bahasa pertama kedua ataupun bahasa ketiga/asing perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkepentingan. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan dan warisan, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran seharusnya sama-sama menggembleng tenaga memastikan pengguna Bahasa Melayu adalah pengguna sejati. Dengan cara ini, kita dapat merealisasikan penggunaan istilah TMK Bahasa Melayu secara meluas, tidak janggal dan berkesan dalam semua urusan yang menggunakan komputer, termasuk dalam bidang pendidikan.

Pembinaan Laras TMK dalam Bahasa Melayu

Nik Safiah (1999), berpendapat untuk menyakinkan setengah-setengah pihak tentang keupayaan Bahasa Melayu dalam bidang TMK sifat-sifat Bahasa Melayu dalam bidang ini hendaklah jelas. Dengan kata lain, perlu wujud laras Bahasa Melayu TMK yang nyata, melalui peristilahan dan cara pengungkapan tersendiri. Ini bermakna perlu wujud contoh-contoh Bahasa Melayu yang dengan sekali imbas dapat dikaitkan dengan bidang ini. Dalam hal ini, yang perlu dilakukan ialah penghasilan tulisan dalam Bahasa Melayu dalam bidang ini, disertai bahan-bahan lain seperti laman-laman web dan perisian dipertingkatkan. Ini harus dijadikan cabaran bagi semua pihak yang ingin melihat Bahasa Melayu berjaya digunakan dalam TMK.

Dengan kata lain, pembinaan laras bahasa TMK dalam Bahasa Melayu perlu dipergiatkan. Penerbitan buku-buku bacaan, karya-karya sastera bercorak teknologi maklumat, istilah dan perkamusan tentang TMK dan sebagainya merupakan satu cara kita untuk memperluas penggunaan laras bahasa TMK dalam Bahasa Melayu.Pengkaji-pengkaji bahasa juga perlu hebat melakukan penulisan dan penyelidikan dengan menghasilkan lebih banyak buku dan kajian ilmiah yang membicarakan tentang istilah TMK. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agen pengembangan Bahasa Melayu perlu ditingkatkan dengan sentiasa membuat penambahbaikan tentang istilah-istilah TMK daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Rumusannya laras bahasa TMK dalam Bahasa Melayu boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

  • Memperbanyak penulisan karya kreatif berkaitan kisah-kisah TMK .
  • Menggalakkan penerbitan buku  atau majalah tentang TMK dalam Bahasa Melayu.
  • Menggalakkan pembinaan laman-laman web dalam Bahasa Melayu.
  • Mengemas kini kamus komputer Bahasa Melayu  selari dengan perkembangan istilah TMK.
  • Menterjemah istilah TMK daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan giat.

Pembinaan Bahan P&P Bahasa Melayu

Keperluan menghasilkan sebanyak mungkin bahan dalam Bahasa Melayu merupakan cara terbaik bagaimana kita hendak memperbanyakkan bahan yang ditulis menggunakan istilah TMK dalam Bahasa Melayu. Ini boleh dilakukan dengan cara:

  • Tulisan-tulisan umum tentang dunia TMK dalam Bahasa Melayu perlu diperbanyakkan.
  • Lebih banyak laman web berbahasa Melayu sama ada secara individu atau berkumpulan perlu dibina.Perisian untuk pelbagai kegunaan juga amat perlu diterbitkan dalam Bahasa Melayu.
  • Menggalakkan penulis sastera (sasterawan) menghasilkan karya bercorak fantasi dan teknologi yang menggunakan pelbagai istilah TMK berbahasa Melayu.
  • Meminta surat khabar arus perdana menulis dan menyiarkan istilah-istilah TMK dalam Bahasa Melayu secara meluas  .


Kesemua cadangan ini adalah sebahagian daripada banyak cadangan lain yang boleh difikirkan bagi mengatasi masalah pembinaan bahan yang mengandungi banyak istilah Bahasa Melayu. Semuanya ini adalah untuk menunjukkan bahawa Bahasa Melayu berkeupayaan menjadi wahana maklumat dan komunikasi pada abad ke-21 ini, termasuk dalam dunia pendidikan. Kesimpulannya, pembinaan pelbagai bahan berkaitan TMK dalam Bahasa Melayu dapat membudayakan masyarakat tentang penggunaan istilah-istilah ini terutamanya dalam menulis dan bertutur. Dengan cara ini, kita akan dapat memperkasa penggunaan istilah TMK Bahasa Melayu dengan jayanya
tanpa sebarang sikap prejudis.

TMK SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Proses P&P berbantukan TMK semakin diperlukan dalam sistem pendidikan di negara kita. TMK kini sudah pun mula masuk ke dalam sekolah-sekolah di Malaysia dan ini dapat dilihat dengan bertambahnya perisian-perisian untuk kegunaan sekolah dan awam. Kementerian Pelajaran dan sektor swasta juga turut bergiat secara beransur-ansur membekalkan prasarana berbentuk persekitaran TMK di sekolah-sekolah di seluruh negara,termasuk memperkenal Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999, Antara lain matlamat utamanya adalah untuk menjadikan TMK sebagai teras kepada proses P&P di Sekolah Bestari. Pada peringkat awal perlaksanaannya sebanyak 90 buah sekolah menengah di seluruh Negara dinaik taraf sebagai Sekolah Bestari. Sekolah Bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia akan mengaplikasikan TMK amnya, komputer dan Internet khususnya dalam p&p di dalam bilik  darjah.

Penggunaan teknologi seperti komputer dan Internet boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P. Penggunaannya secara tidak langsung akan merangsang kemahiran berfikir dan membina kekuatan minda dalam kalangan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran pada zaman TMK ini. Dalam keadaan yang sedemikian, P&P yang menampilkan ciri-ciri bestari akan dapat membina minda pelajar (Fiske 1992, Perkin 1992). Pengintergrasian TMK dalam P&P berupaya merangsang pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melampaui batasan bilik darjah (Chua S.G. et al. 1999).

Penggunaan TMK dalam proses P&P Bahasa Melayu boleh dilihat daripada beberapa aspek. Menurut Jamaludin dan Abd. Rashid (1998) penggunaan TMK dalam proses P&P Bahasa Melayu dilihat daripada tiga aspek, iaitu pengajaran guru, pemelajaran pelajar dan pentadbiran sekolah. P&P itu boleh dijalankan dengan menggunakan komputer dan Internet. Selain komputer dan TMK yang boleh dijadikan bahan P&P seperti e-mel elektronik, protokol pindah fail, net meeting, world wide web dan lain-lain. Dalam konteks P&P Bahasa Melayu, semua aspek ini boleh digunakan oleh guru bahasa untuk mengaiar para pelajarnya. Namun demikian,guru-guru bahasa perlu memastikan kandungan bahan yang terdapat dalam TMK sesuai dari segi:

  • Kandungan kurikulum bahasa yang hendak diajar.
  • Norma dan nilai masyarakat yang menjadi teras.
  • Aspek bahasa dan tatabahasa yang sesuai dengan keupayaan pelajar.
  • Aspek kognitif, efektif dan psikomotir yang pelbagai dalam kalangan pelajar.


Menurut Mohamed Amin (1999), guru-guru (termasuk guru Bahasa Melayu) perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas ketika menggunakan TMK seperti:

  • Mencari dan memilih maklumat dalam Internet.
  • Mencapai maklumat berkaitan P&P dalam Internet.
  • Mempersembah dan menerbitkan maklumat menggunakan komputer dan Intemet.


Tegasnya, kemahiran TMK perlu dikuasai oleh semua guru Bahasa Melayu. Tidak kira tahap kelulusan, peringkat mana mereka mengajar, jenis sekolah dan lokasi sekolah tersebut, maka guru-guru Bahasa Melayu perlu menguasai semua kemahiran asas TMK seperti komputer bagi menggerakkan proses P&P dengan baik dan cekap. TMK perlu dijadikan komponen penting dalam Program Pendidikan Guru-Guru Bahasa Melayu di universiti dan Institut perguruan. Modul TMK yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1997) adalah asas terbaik yarg perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Modul ini dapat membantu guru Bahasa Melayu dalam P&P agar TMK yang digunakan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan di dalam bilik dariah.

MASALAH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA TMK

Penggunaan TMK sebagai alat atau bahan bantu mengajar atau dalam proses P&P di dalam bilik darjah semakin diperlukan, terutamanya di Sekolah Bestari, Sekolah Kluster, dan sekolah-sekolah yang banyak menyediakan makmal komputer dan ada mata pelajaran Literasi Komputer. Pengenalan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan sebahagian daripada harapan Negara untuk meluaskan penggunaan komputer dan Internet dalam P&P. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan kemajuan TMK masa kini. Ini akan merangsang minat pelajar untuk belajar komputer dan Internet yang merupakan satu kemahiran asas yang sangat diperlukan pada abad ke-21 ini.

Namun demikian, ketaksuban dan keterlaluan bergantung kepada penggunaan TMK seperti komputer, Intemet, laman web, e-mel dan lain-lain boleh memberi impak yang besar kepada proses P&P guru iru sendiri. Dalam hal ini, pendidikan Bahasa Melayu juga tidak terkecuali menghadapi masalah dalam pelaksanaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu. Guru dan pelajar akan mengalami masalah dan cabaran yang amat besar jika kedua-duanya terlalu bergantungan kepada TMK untuk memperoleh dan menguasai ilmu pengetahuan. Antara masalah penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu antaranya adalah seperti berikut:

  • Perancangan pengajaran guru menjadi terhad.
  • Pengetahuan dan kepakaran guru amat terhad.
  • Monopoli Bahasa Inggeris dalam P&P berterusan .
  • Kandungan bahan berkaitan TMK terbatas.
  • Kos dan kekurangan peralatan dan bahan bantu mengajar .
  • Penerimaan masyarakat.
  • Nilai murni dan moral masyarakat.
  • Kesesuaian bahan P&P dari Internet.
  • Kurangnya peranan agensi pelaksana kerajaan.
  • Kepimpinan dan pentadbiran politik.



Perancangan Pengajaran Guru Terhad

Sesetengah guru Bahasa Meiayu yang mengajar menggunakan TMK akan berasa ketidakjelasan pengajaran bahasa mereka kerana kurang Perancangan dalam merancang aktiviti-aktiviti P&P berbantukan TMK. Ini akan mendatangkan masalah dan rasa bimbang kepada pelajar untuk belajar bahasa (Jone, Kirkup & Kirkwood 1993) kerana guru kurang pengalaman. Guru-guru memerlukan sukatan pelajaran yang munasabah serta perancangan yang baik. Suwarnee (2006), mendapati bahawa guru-guru Bahasa Melayu masih berada di tahap sederhana dari segi perancangan mereka dalam P&P berbantukan teknologi maklumat. Apabila guru kurang atau lemah perancangan, maka pelaksanaan penggunaan TMK dalam P&P akan tergendala. Justeru, guru-guru memerlukan sukatan pelajaran yang munasabah serta perancangan yang baik supaya objektif P&P yang ditetapkan dalam rancangan mengajar tercapai. Ketidakjelasan sukatan pelajaran akan menyukarkan pelajar untuk belajar Bahasa Melayu dengan berkesan. Masalah akan bertambah serius apabila TMK yang digunakan tidak dapat atau kurang berfungsi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah pemelajaran bahasa mereka.

Pengetahuan dan Kepakaran Guru Terhad

Kajian tentang TMK dan peranannya dalam P&P seperti kajian Suwarnee (2006), Ros Azura (2004), Hamzah (2004) secara umumnya mereka mendapati bahawa tahap pengetahuan dan kepakaran guru-guru bahasa Bahasa Melayu masih berada di tahap sederhana. Dalam hal ini, ada sesetengah guru Bahasa Melayu tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam bagaimana hendak menggunakan TMK seperti Intemet, laman web, komputer, bagaimana hendak mengakses laman-laman web yang boleh dijadikan bahan bantu mengajamya, dansebagainya. Hal ini banyak berlaku kepada guru-guru berpengalaman yang sudah mengajar Bahasa Melayu lebih daripada 10 tahun dan ke atas. pengetahuan dan kepakaran yang terhad ini membataskan guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan TMK dalam pengajarannya.Menurut  Mohd Sarif (1998), pengetahuan dan kepakaran yang terhad menyebabkan guru tidak mahu menggunakan TMK sebagai sebahagian daripada bahan bantu pengajarannya.

Monopoli Bahasa Inggeris dalam P&P

Seperti yang sedia maklum bahawa Bahasa Inggeris telah diakui sebagai bahasa dunia bahasa ilmu dan bahasa TMK. Oleh kerana ilmu TMK dan penciptaan komputer, Internet, laman web dan sebagainya bermula di Barat, maka hampir kesemua istilah yang terdapat dalam komputer dan TMK ialah Bahasa Inggeris. Demikian  juga dalam P&P di mana penggunaan Bahasa Inggeris tidak lagi terhad kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, tetapi telah semakin meluas. Ini terjadi apabila kerajaan memperkenalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSMI) sekitar tahun 2004. Akibatnya, penggunaan Bahasa Inggeris semakin meluas dan mengukuhkan lagi penggunaannya dalam TMK.

Apabila ini  terjadi, hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK akan lebih sukar. Ini sudah tentu akan menyukarkan Bahasa Melayu untuk memecahkan monopoli Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK. Zamfi dan Mohamed Amin (2001), menyatakan bahawa Bahasa inggeris sudah mantap dan kukuh penggunaannya sebagai bahasa TMK terutamanya dari segi ejaan, sebutan, istilah, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Di samping itu, bahan-bahan P&P yang sesuai di dalam Intemet, di laman-laman web dan sebagainya banyak dibincang dan ditulis dalam Bahasa Inggeris. Di  sinilah letaknya permasalahan yang terus dan akan dialami oleh guru-guru Bahasa Melayu. Langkah mengatasi seperti memahami istilah dan menyesuaikannya dengan istilah Bahasa Melayu perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu.

Kandungan Bahan TMK Terbatas

Mohd Arif, Rosnaini dan Zainuddin (2007), menyatakan bahawa kini terdapat banyak laman web yang dibina dan ditulis dalam Bahasa Melayu dalam Internet. Bagi laman web yang berkaitan pendidikan, sudah tentu ia sesuai dijadikan bahan P&P bagi guru-guru Bahasa Melayu. Namun begitu, tidak semua bahan yang terdapat dalam Internet, laman web dan lain-lain sesuai dengan kurikulum sesuatu mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini sudah tentu menyukarkan guru-guru Bahasa Melayu untuk mengetengahkan bahan-bahan yang sesuai untuk pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya. Ini secara tidak langsung membataskan pengetahuan pelajar tentang mempelajari bahasa menggunakan teknologi seperti Intemet. Di samping itu, bahan-bahan yang terdapat dalam TMK lebih kepada cita rasa, budaya dan norma-norma masyarakat Barat yang kurang sesuai untuk pendidikan para pelajar. Justeru, guru Bahasa Melayu perlu mengenal pasti dan mengubahsuaikan kandungan kurikulum bahan yang diambil dari Intemet, laman web dan lain-lain mengikut budaya masyarakat Malaysia.

Kos dan Kekurangan Peralatan

Proses P&P berbantukan TMK merupakan suatu yang baru dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh demikian, Kementerian Pelajaran membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melengkapkan infrastruktur seperti komputer, makmal komputer, projektor multimedia, sistem pengawalan terminal dan sebagainya di setiap sekolah. Bagi sekolah-sekolah luar bandar dan sekolahsekolah yang tidak dikategorikan Sekolah Bestari sudah tentu akan mengalami kesukaran untuk menyediakan prasarana yang berkaitan dengan penggunaan TMK seperti kemudahan Internet, komputer dan sebagainya. Semua faktor ini menjadi penghalang kepada guru, khususnya guru Bahasa Melayu mengajar berbantukan bahan TMK seperti Intemet dalam kalangan pelajarnya.

Jurang Digital  dan Penerimaan Masyarakat

Masyarakat luar bandar kurang memberikan sambutan kerana mereka tiada mempunyai pengetahuan tentang komputer, Intemet dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka tiada kemampuan untuk membeli atau memiliki komputer serta melanggan Intemet. Tambahan pula perkara tersebut tiada hubung kait  dengan kehidupan harian mereka. Berbeza dengan masyarakat di bandar yang lebih terdedah dengan komputer dan Internet. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelajar bandar dan luar bandar.

Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, sudah tentu penerimaan masyarakat (terutamanya pelajar-pelajar sekolah) akan menjadi titik tolak keberkesanan dan kejayaan sesuatu pengajaran-pemelajaran berbantukan komputer dan Intemet. Sebagai contoh, pelajar-pelajar luar bandar sudah tentu mengalami kesukaran untuk belajar Bahasa Melayu di rumah kerana ketiadaan komputer, Intemet dan faktor sosioekonomi ibu bapa. Justeru, sudah tentu segala aktiviti pengajaran-pemelajaran menggunakan TMK di rumah tidak dapat dijalankan dengan jaya atau berkesan.

Penerapan Nilai Murni dan Moral Masyarakat

Maklumat yang terdapat di dalam TMK terlalu banyak dan tidak terbatas bidang ilmunya. Ia mencakupi semua aspek kehidupan manusia sehingga kepada perbincangan yang membincangkan khusus untuk pendidikan. Internet misalnya merupakan jaringan TMK yang paling popular untuk tujuan pendidikan. Namun demikian,tidak semua bahan-bahan yang terdapat di dalam Intemet sesuai untuk proses pendidikan khasnya untuk P&P Bahasa Melayu. Ini kerana pelajar-pelajar mungkin akan menyalahgunakan Internet dan terdedah kepada unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan nilai moral pelajar.

Dalam hal ini, sekirannya guru Bahasa Melayu ingin menggunakan sesuatu bahan dalam Internet sebagai bahan bantu mengajarnya, maka guru perlu memastikan bahan tersebut perlu mencerminkan budaya, norma dan menyanjung nilai-nilai estetika masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Bahan-bahan yang tidak bermoral, kurang berkualiti, bahan yang menyentuh sensitiviti kaum, bahasa, budaya sesuafu etnik di Malaysia perlu dielakkan. Malahan, bahasa yang digunakan dalam bahan tersebut juga perlu dilihat. Bahasa-bahasa yang tidak bermoral, berunsur lucah, bahasa yang kurang sopan dan lain-lain bahasa negatif sebaik-baiknya tidak terdapat dalam bahan yang digunakan itu.Tujuannya tidak lain untuk mendidik pelajar agar tidak terpengaruh dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan yang boleh mempengaruhi gaya pertuturan dan penulisan mereka.

Kesesuaian bahan p&p dari Internet

Kebanyakan maklumat yang terdapat di dalam Internet datangnya dari Negara luar. Terlalu sedikit bahan p&p yang ditulis oleh rakyat tempatan. Malahan bahan-bahan yang ditulis oleh rakyat tempatan juga lebih banyak kepada Bahasa Inggeris. Oleh demikian, maklumat-maklumat tersebut kadang-kadang tidak sesuai dijadikan bahan pendidikan  terutamanya dalam p&p Bahasa Melayu. Justeru, dalam hal ini guru-guru Bahasa Melayu yang ingin mengambil bahan-bahan P&P Bahasa Melayu dari lntemet perlu memastikan bahan-bahan itu memiliki ciri-ciri seperti berikut:

  • Kandungannya sesuai dengan kurikulum sukatan peiajaran Bahasa Melayu ataupun tidak.
  • Bahasa yang terdapat dalam bahan itu sesuai dengan tahap pelajar.
  • Bahan yang dipilih itu tidak mengandungi unsur-unsur sensitiviti kaum ataupun menyentuh hak-hak sesuatu kaum seperti bahasa, agama, budaya dan lain-lain.
  • Bahan yang dipilih mengandungi pelbagai aras kecekapan yang sesuai dengan kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah.
  • Bahan yang dipilih itu dapat mengembangkan potensi bahasa, pemikiran, sahsiah, interpersonal pelajar dan sebagainya.


Kurangnya Peranan Agensi pelaksana Kerajaan

Walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka sudah berusaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti memperbanyakkan bahan-bahan berkaitan Bahasa Melayu di Intemet, tetapi Dewan Bahasa dan Pustaka kurang mendapatkan kerjasama dari agensi-agensi kerajaan seperti kementerian, jabatan, kerajaan negeri dan sebagainya. Sebagai contoh, masih terdapat kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu cara menyebarkan maklumat berkaitan dengan peluang pekerjaan, menyambungkan pelajaran, tender dan sebagainya. Mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu ataupun sekurang-kurangnya menggunakan dwibahasa. Apabila ini terjadi sudah tentu usaha kita hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK akan menghadapi kegagalan ataupun tidak berjalan dengan lancar.

Kita tidak boleh mengharapkan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Semua agensi kerajaan sama ada agensi di peringkat pusat mahupun negeri mesti sama-sama membantu Dewan Bahasa dan Pustaka mendaulatkan penggunaan bahasa TMK berbahasa Meiayu. Justeru, semua agensi kerajaan pusat dan negeri ini perlu memasukkan semua maklumat berkaitan agensi masing-masing dalam Bahasa Melayu ataupun ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. Hanya melalui ini sahaja Bahasa Melayu boleh ditingkatkan atau sekurang-kurangnya sebaris dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK.

Kepimpinan dan Pentadbiran Politik Negara

Cabaran utama dalam mengaplikasikan TMK dalam P&P adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Apa yang dimaksudkan di sisi ialah peranan pimpinan negara dalam menentukan hak dan polisi penggunaan Bahasa Melayu dalam agenda pentadbiran dan pengurusan harian. Tidak boleh dinafikan bahawa cabaran ini ada kaitannya dengan profil pihak pengurusan yang mana mungkin terdiri daripada mereka yang terlatih dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Justeru,kepimpinan dan pentadbiran politik negara perlu mempunyai pendirian yang konsisten tentang penggunaan Bahasa Melayu, terutamanya dari segi:

  • Polisi penggunaan Bahasa Melayu semasa mesyuarat, surat-menyurat,arahan pekeliling hendak ditulis dalam Bahasa Melayu.
  • Tidak mencampur aduk penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau asing ketika mesyuarat dan sebagainya.
  • Memastikan semua polisi, pekeliling dan lain-lain yang dihantar kepada semua agensi kerajaan pusat dan negeri secara e-mel atau kertas hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.


Dengan kata lain,kepimpinan dan pentadbiran politik Negara memainkan peranan penting dalam mendaulatkan Bahasa Melayu  sebagai bahasa TMK. Kerajaan mempunyai kemudahan dan instrumen untuk melaksanakan dengan jayanya. Sebaliknya, jika kerajaan tidak mempunyai komitmen, sudah tentu agak sukar untuk kita melihat Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK.

KAEDAH PENYELESAIAN ISU BAHASA MELAYU DALAM TMK

Penggunaan TMK sebagai satu kaedah dalam proses p&p kian bertambah penting. Pendidikan Bahasa Melayu, terutamanya di sekolah Bestari turut menggunakan TMK sebagai satu bahan pengajaran-pemelajaran dalam kalangan pelajar. Namun demikian, penggunaannya yang tidak terkawal akan mendatangkan masalah kepada proses pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu. Misalnya, TMK seperti Internet dan laman web, perisian yang tidak sesuai dan sebagainya. Justeru, langkah-iangkah mengatasi perlu dicari agar guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu menggunakan TMK dapat mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan, baik kepada guru, pelajar, mata pelajaran Bahasa Melayu ataupun pada proses p&p itu sendiri.

Piontek dan Garrock (1995), Rettig (1996) dan Smith (1997) berpendapat bahawa beberapa aspek perlu diambil kira oleh guru apabila memilih maklumat yang terdapat dalam teknologi maklumat, terutamanya di laman-laman web. Dalam konteks itu, guru-guru Bahasa Melayu harus tahu memilih dan menyesuaikan maklumat-maklumat dalam Internet, laman web dan sebagainya sesuai untuk p&p Bahasa Melayu. Justeru, beberapa cadangan penyelesaian yang dikemukakan ini dapat membantu guru mengajar Bahasa Melayu menggunakan TMK seperti berikut:

  • Pemilihan perisian yang menepati kurikurum  Bahasa Melayu.
  • Pembentukan kumpulan penilaian perisian yang dibuat dalam Bahasa Melayu.
  • Kursus penggunaan TMK kepada guru-guru bahasa Melayu.
  • Penguasaan bahasa TMK – bahasa Inggeris.
  • Kemudahan prasarana dalam memastikan guru bahasa Melayu dapat mengajar berbantukan bahan dari internet.
  • Peranan dan motivasi pihak swasta dalam mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu.
  • Peranan dan penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Peranan pentadbir sekolah dalam memastikan proses p&p bahasa Melayu berbantukan TMK. 
  • Lain-lain cadangan penambahbaikkan.

Pemilihan Perisian

Guru-guru Bahasa Melayu perlu memastikan perisian-perisian yang hendak digunakan dalam P&p perlu sesuai dengan tahap pelajar, mencakupi aspek-aspek kemahiran bahasa dan berbahasa, berupaya melatih pelajar berfikir secara kritis dan kreatif di samping mengandungi nilai-nilai murni yang sesuai untuk diterapkan. Kementerian pendidikan misalnya perlu merancang dan merangka kurikulum yang tersusun dan menyeluruh bagi penggunaan Internet di dalam bilik darjah agar pelaksanaannya dapat mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar. Kurikulum tersebut perlu mengambil kira tahap kebolehan pelajar,lokasi sekolah dan kemampuan sekolah dari segi kewangan.

Menurut Jay (1983), guru-guru seharusnya tahu memilih program-program perisian yang didasarkan kepada kemahiran manusia memproses semua maklumat. Beliau mencadangkan lima aspek yang perlu ada dalam sesuatu perisian yang hendak digunakan seperti berikut:

  • Perisian boleh membantu pelajar mengingati maklumat dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang dipelajari.
  • Perisian menggunakan bahasa dan ciri-ciri teks yang sesuai dengan peringkat pencapaian pelajar.
  • Perisian memudahkan pelajar memproses grafik dan maklumat visual.
  • Perisian mengambil kira ciri-ciri pengguna.
  • Perisian memberi maklum balas kepada pelajar


Bagi Taymans dan Malouf (1984) pula, dalam memilih dan mengadaptasikan sesuatu program perisian, guru mestilah mengambil kira ciri-ciri pemelajaran pelajar. Mereka memberi empat ciri dalam memilih sesuatu program perisian pemelajaran seperti berikut:

  • Mengandungi tahap kebolehan membaca yang diperlukan untuk menggunakan program tertentu.
  • Mengandungi tahap persepsi, motor perisian yang dipilih.
  • Isi dan kandungan program perisian dan memori dalam program selaras dengan kebolehan dan kefahaman pelajar.
  • Program perisian boleh memotivasikan pelajar.


Berdasarkan kepada dua pendapat ini,dapat ditegaskan bahawa pemilihan bahan perisian yang digunakan dalam proses pengajaran-pemelajaran penting. Bagi guru Bahasa Melayu, pemilihan perisian yang bersesuaian dalam pengajaran akan menjadikan proses pengajarannya menarik dan tidak membosankan.

Pembentukan Kumpulan Menilai Perisian

Pembentukan dalam aktiviti P&P boleh menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat. Guru-guru bahasa perlu bekerjasama sesama mereka supaya setiap TMK yang digunakan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar. Faridah (1998) berpendapat bahawa guru-guru yang berjaya membentuk kumpulan-kumpulan kerja (dalam aspek P&P) dapat bertukar-tukar maklumat tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan proses P & P. Dalam hal ini,guru-guru boleh bekerjasama dalam satu kumpulan seperti membuat pemilihan, penilaian dan pembelian sesuatu program perisian. Perkara yang paling mencabar bagi guru-guru ialah bagaimana hendak mengintergrasikan dengan jayanya sesuatu program perisian itu ke dalam sesuatu kurikulum.  Justeru, guru-guru Bahasa Melayu bekerjasama dalam satu kumpulan bagi memastikan perisian yang digunakanitu sesuai untuk pendidikan Bahasa Melayu.

Kursus Kemahiran Penggunaan TMK

Bagi mencapai hasil yang cemerlang dalam aktiviti P&P, guru-guru bahasa khususnya perlu diberi peluang oleh pentadbir sekolah untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan Intemet, laman web, dan sebagainya harus didedahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Guru-guru juga perlu diberi kursus berkaitan dengan bagaimana hendak mengakses komputer,Intemet, bahan dalam internet dan sebagainya. Dengan pengetahuan dan sedikit kepakaran yang diterima akan membantu guru-guru Bahasa Melayu mempraktikkan penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar ketika mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Secara tidak langsung, kursus kemahiran menggunakan teknologi akan menjadikan guru  Bahasa Melayu seorang guru yang berinovasi untuk jangka panjang.

Penguasaan Bahasa TMK - Bahasa Inggeris

Seperti yang dinyatakan dalam aspek masalah dan cabaran, pengukuhan dan penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan oleh guru- guru Bahasa Melayu Oleh kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan dalam TMK kelemahan menguasai bahasa siber pasti akan menyukarkan proses pengajaran guru. Penggunaan bahasa TMK dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu mengajar pelbagai kemahiran bahasa dan berbahasa seperti membaca, menulis,tatabahasa, ayat dan lain-lain yang semuanya menuntut guru Bahasa Melayu memahami istilah-istilah yang terdapat dalam teknologi maklumat.Justeru, guru perlu mempertingkatkan keupayaan menguasai bahasa siber terutamanya Bahasa Inggeris yang dominan dalam TMK. Selain itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu juga menguasai istilah-istilah bahasa siber seperti yang terdapat dalam Kamus Komputer (1995). Amat rugi sekiranya guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Bestari atau guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar menggunakan komputer atau Internet tidak  tahu menggunakan komputer, bahasa komputer dan sebagainya.

Kelengkapan Prasarana

Untuk menangani masalah ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memperuntukkan wang yang besar.Peruntukan ini perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan Negara. Dengan cara ini mudah bagi Kementerian Pelajaran menyalur dan menyediakan makmal dan perkakasan ke sekolah-sekolah,terutamanya sekolah-sekolah yang dinaikkan taraf sebagai Sekolah Bestari dan sekolah-sekolah luar bandar. Dari segi kualiti perkakasan yang dibekalkan,juga perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian bagi memastikan setiap perkakasan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah benar-benar berkualiti dan boleh digunakan. Dengan kata lain, guru-guru Bahasa Melayu yang ngin mengajar menggunakan komputer, Internet, laman web dalam P&P akan berjaya dan berkesan sekiranya bahan-bahan yang disediakan berkualiti dan dapat meningkatkan aktiviti  P&P di dalam bilik darjah.

Peranan dan Motivasi Pihak Swasta

Peranan pihak swasta dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam TMK amat penting. Pihak swasta sudah tentu akan mendapat faedah apabila mereka memperbanyakkan bahan-bahan berkaitan tentang syarikat atau agensi mereka kepada pihak luar yang ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun dwibahasa. Usaha syarikat-syarikat atau agensi tersebut terbukti dalam penggunaan Bahasa Melayu atau dalam dwibahasa di papan-papan tanda papan iklan, brosur pruduk, laporan tahunan dan sebagainya.

Peranan yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak berkuasa di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri atau tempatan, untuk memotivasikan pihak swasta dalam penggunaan Bahasa Melayu. Sekali lagi isu kepimpinan yang mana pihak berkuasa boieh memainkan peranan yang lebih berkesan selaku pemimpin industri dengan mempertingkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam komunikasi dan penerbitan dalam urusan harian. Misalnya dokumen-dokumen piawaian yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM atau JAKIM diterbitkan dalam dwibahasa dengan insentif pengurangan yuran jika proses pemiawaian seterusnya diuruskan dalam Bahasa Melayu. Dengan kata lain, usaha pemerkasaan Bahasa Melayu yang memberi faedah secara langsung lebih mencabar bagi pihak swasta atau agensi swasta terutama bagi syarikat-syarikat yang lebih bergantung kepada perniagaan dalam pasaran komersial.

Penglibatan dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Selain daripada teras membangunkan korpus bahasa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah memainkan peranan penting dengan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu sebagai jentera peggerak dalam rancangan pengembangan bahasa sektor swasta. Usaha-usaha yang sedang dipergiatkan seperti anjuran bersama seminar tiga hari ini adalah amat dihargai oleh yang terlibat. Kegiatan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh diperkukuhkan lagi dengan peranan yang lebih aktif bersama-sarna dengan Pihak luar, seperti Kementerian Pelajaran.

Antara usaha yang boleh dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menerbitkan pelbagai buku berkaitan dengan bahasa TMK untuk kegunaan guru-guru di sekolah (termasuk guru Bahasa Melayu) seperti kamus-kamus pelbagai jenis, istilah dan pedoman ejaan dan lain-lain sumber merupai bahan rujukan untuk mempergiatkan penggunaan Bahasa Melayu oleh guru-guru di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha mengeluarkan pelbagai penerbitan dengan harga yang berpatutan adalah menggalakan. Sebagai pengguna bahasa kita juga harus bersyukur  atas usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengemaskinikan
penerbitan-penerbitan  tersebut dari semasa ke semasa.

Peranan Pentadbiran Sekolah

Pentadbiran sekolah, terutamanya Pengetua dan Guru Besar mempunyai bidang kuasa yang luas dan mutlak jika mahukan TMK dijadikan pemangkin dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Pengetua dan Guru Besar boleh mengarahkan guru Bahasa Melayu misalnya menggunakan perisian P&P Bahasa Melayu sekurang-kurangnya sebulan sekali ketika mengajar. Proses ini boleh dilaksanakan dengan jayanya sekiranya Pengetua dan Guru Besar bertegas dalam hal ini dengan syarat semua prasarana P&P berbantukan komputer sudah lengkap. Apabila arahan diwajibkan menggunakan TMK dalam P&P, maka sudah tentu guru-guru Bahasa Melayu akan berusaha untuk menggunakan pelbagai perisian pengajaran Bahasa Melayu yang ada di pasaran hari ini sebagai sebahagian daripada bahan bantu pengajaran mereka. Dengan cara ini, usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK dalam P&P akan berjalan dengan baik dan berkesan.

Cadangan Lain

Terdapat beberapa cadangan lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi sesuatu masalah yang berkaitan dengan penggunaan TMK dalam pendidikan Bahasa Melayu, antaranya adalah seperti berikut:

  • Mengalakkan pemilikan komputer kepada guru-guru secara individu.
  • Ia akan dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan guru Bahasa Melayu dalam membina sesuatu perisian mengajar dan sebagainya.
  • Memberikan galakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan juga khidmat nasihat untuk mendorong lebih ramai guru Bahasa Melayu melanjutkan pelajaran dan menghadiri kursus berkaitan dengan TMK misalnya kursus pembinaan perisian Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari.
  • Mengadakan lebih banyak kursus dalam perkhidmatan kemahiran TMK kepada guru Bahasa Melayu semua peringkat (sekolah rendah dan menengah)
  • Mengiktiraf atau membeli perisian-perisian yang dibangunkan sendiri oleh guru-guru Bahasa Melayu.
  • Mengadakan bengkel-bengkel membina perisian kepada guru (termasuk guru Bahasa melayu) dalam kursus dalam perkhidmatan.
  • Memberi intensif dan galakan berterusan terhadap penggunaan TMK dalam proses P&P.
  • Berkongsi kepakaran dalam kalangan guru Bahasa Melayu
  • Guru-guru Bahasa Melayu seharusnya pakar dalam penggunaan teknologi maklumat. Kemahiran TMK ini  tidak terbatas hanya kepada guru komputer atau guru TMK sahaja.Sebaliknya, kepakaran yang ada dalam kalangan guru Bahasa Melayu akan membantu guru-guru Bahasa Melayu yang lain mengajar Bahasa Melayu dengan baik dengan menggunakan teknologi maklumat.


MASA DEPAN TMK DALAM P&P BAHASA MELAYU

Penggunaan TMK dalam P&P semakin diberi  keutamaan oleh Kementerian Pelajaran pada masa kini.Penubuhan Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster adalah dua contoh di mana Kementerian Pelajaran begitu serius untuk merealisasikan penggunaan TMK  sebagai alat bantu mengajar dengan lebih efektif. Penggunaan TMK seperti sistem komputer dan Internet, serta penyediaan makmal komputer perlu dijadikan teras dalam sistem penyampaian, tetapi dengan tidak mengetepikan faktor guru sebagai pendidik dan pembimbing yang terpenting. Pendekatan-pendekatan melalui TMK, pendidikan jarak jauh, video conferencing dan rangkaian Internet perlu sentiasa disokong dan dipertingkatkan, terutama di pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah menengah, bahkan di sekolah-sekolah asas sekalipun (Hussein 2007). Daripada kajian Zolkepeli dan Jasri (2000), mendapati bahawa 68.2 peratus TMK seperti laman-laman web, portal pendidikan dan sebagainya ditulis menggunakan Bahasa Melayu berbanding 20.5 peratus menggunakan Bahasa Inggeris.Malahan,terdapat 70.6 peratus dalam kalangan pensyarah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya apabila mereka membina laman-laman web untuk tujuan P&P.

Kebolehan menggunakan TMK seperti laman web dan Intemet dengan berkesan amat penting. Menurut Eggert (1992), penggunaan Internet dan laman-laman web sebagai sumber P&P menjadi semakin diperlukan. Terdapat jutaan web pendidikan yang telah dibangunkan di seluruh dunia, namun negara kita masih agak ketinggalan dalam penghasilan laman-laman web sedemikian. Zolkepeli dan Jasri (2000), meramalkan bahawa jumlah atau bilangan maklumat akan berlipat kati ganda setiap dua tahun menjelang abad ke-21 di mana setiap hari terdapat kira-kira 250 juta muka surat maklumat dan penemuan baru di dalam Internet.

Selain itu, minat untuk melayari teknologi maklumat,terutamanya Internet dalam kalangan guru dan pelajar kian bertambah, khususnya laman-laman web yang berkaitan dengan bidang mereka. Umpamanya CikguNet menerima 1.1 juta masukkan ‘hit’ sejak dilancarkan mengikut data 2001 (Utusan Malaysia 10 April  2007). Aktiviti komunikasi dalam Internet dan web seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih (Everett & Ahem 7994).

Dalam dunia pendidikan negara pula pembekalan komputer di sekolah melalui Projek Rintis Sekolah Bestari dan makmal komputer sedikit sebanyak memberi nafas baru untuk sistem pendidikan di Malaysia. Pembestarian semua sekoiah di Malaysia bermula tahun 2006 dan berakhir pada 2010 akan membekalkan infrastruktur dan perisian yang mencukupi untuk pendidikan Bahasa Melayu khasnya. Oleh itu, pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabat dan diperluaskan ke peringkat antarabangsa,khususnya menerusi TMK (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003).

Kesimpulannya,masa depan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK cerah jika semua pihak bersama-sama bergembleng tenaga untuk menjayakannya. Pihak pucuk pimpinan negara pihak pelaksana seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, pihak swasta dan lain-lain pihak berkepentingan seharusnya bekerjasama membantu kerajaan memperbanyakkan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu di Internet. Pembinaan laman-laman web dalam Bahasa Melayu juga salah satu cara kita memperbanyakkan lagi penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK setanding dengan Bahasa Inggeris.

KESIMPULAN

Penggunaan TMK dalam proses P&P adalah sesuatu yang baru di Negara kita. Namun demikian, di sebalik keupayaannya sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dan menarik minat pelajar untuk belajar, sudah tentu terdapat pelbagai masalah, baik dari segi penggunaannya, pelaksanaan, keupayaan bahan, penilihan dan pemilihan bahan dan sebagainya perlu diambil kira. Di samping itu, guru-guru bahasa Melayu bukan sahaja perlu mahir menggunakan komputer dan Internet serta meneroka halaman-halaman Intemet yang sesuai untuk tujuan pendidikan Bahasa Melayu, tetapi juga berupaya membina perisian-perisian yang berkaitan dengan pendidikan Bahasa Melayu. Semuanya ini boleh dicapai sekiranya guru Bahasa Melayu mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pembinaan perisian P&P Bahasa Melayu

Kesimpulannya, penggunaan TMK dalam pendidikan Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang mencabar kepada guru-guru Bahasa Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu perlu melengkapkan diri dengan segaia pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Pada abad ke-27 ini, TMK memainkan peranan besar dalam bidang pendidikan. Fungsi dan peranan guru semakin kecil dan terhad apabila komputer mengambil alih tugas sebagai pendidik. Penubuhan Sekolah Bestari diharapkan dapat mengatasi permasalahan yang dibincangkan di samping sokongan padu daripada Kementerian Pelajaran, pihak swasta, para guru, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya.

RUJUKAN

Abtar, K. (1999). Integrating library resources into a web-based learning. Jurnal BTP,1, 25-34.

Chua S. G., Rashidi A zizan, JamalulLail Abdul Wahab & Mohd Izham Mohd Hamzah
(1999). Persepsi guru sains sekolah rendah terhadap aspek P&P pedagogi bestari berbantukan teknologi komputer bagi mata pelajaran Sains Sekolah Bestari. Seminar Antarabangsa Pengajaran-Pemelajaran Abad Ke-21 pada 24-25 November 1999. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan UNESCO Malaysia.

Everett, D. R. & Ahern, T. C. (1994). Computer-mediated communications as a teaching
tool. A case Study. Journal of Research on Computing in Education 25(3):339-346.

Faridah Serajul Haq. (1998). Kepentingan penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran pelajar-pelajar khas. Seminar Isu-isu Pendidikan pada 26-27 November 1998. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fiske, E. B. (1992). Smart schools, smart kids. New York: Simon & Schuster.

Hamzah Dollah. (2004). Pembangunan perisian P&P berbantukan komputer bertajuk 'Puisi Dalam Komponen Sastera Bahasa Melayu Menengah Rendah'. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Hussein Ahmad. (2001). Tujuh strategi utama tingkatkan kecemerlangan pendidikan. Utusan Malaysia. 27 Febuari.

Jamaludin Badusah & Abd. Rashid Johar. (1998). Penggunaan komputer dan Internet
dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu: Satu cabaran. Seminar Isu-isu Pendidikan pada 26-27 November 1998. Bangi: Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jay,T.B. (1983). The cognitive approach to computer courseware design dan evaluation.Educational Technology Journal, 22-26.

Jone, A., Kirkup, G. & Kirkwood, A. (1993). Personal computers for distance education.
NewYork: St. Martin's Press.

Kamus komputer. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka..

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Kurikulum Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohammed Sani Ibrahim. (1998). Perancangan dan strategi pelaksanaan latihan guru-guru Sekolah Bestari. Seminar Isu-isu Pendidikan pada26-27 November 1998. Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Arif  Ismail, Rosnaini Mahmud & ZainuddinYazid.  (2007). P&P Bahasa Melayu (Kesusasteraan) berasaskan web pendidikan. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu IX pada 26-28 Oktober di Hotel Vistana, Kuantan Pahang. Anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Gabungan Penulis Nasional dan Kerajaan Negeri Pahang.

Nik  Safiah Karim.  (1999). Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun
abad ke-21. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Bahasa Melayu Dalam Era Siber pada 28 - 30 September 1999 diHotel Lagenda Kuala Lumpur. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perkins, D. (1992). Smart schools: Better thingking and learning for every child. New
York: The Free Press.

Pioniek, S. & Garlock, K.  (1995). Creating a world  wide web resource collection.
Collecting Building, 14 (3): 72-18.

Pusat Perkembangan Kurikulum.  1997). Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Edisi Percubaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rettig, J. G996). Beyond cool: Analog models for reviewing digital resource. Online,
20: 52-62.

Rogers, DF. & Smith.P.R. (Eds.). (7987). Computer and education. Computer Assisted
Learning,

Ros Azura Jantan. (2002). Tahap penggunaan laman web pendidikan dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Smith, A.G. (1997). Testing the surf : Criteria for evaluating Internet information resource. The Public Access Computer System Review, S (3).

Suwarnee Mohd. Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Taymans, J. & Malouf, D. (7984). A hard look at softlvare in computer-assistt instruction specila education. The Pointer lournal, 28 (2):12-15.

Utusan Malaysia. (2001). 10 April.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2001). Keberkesanan dan masalah penggunaan teknologi dalam pendidikan Bahasa Melayu. Proceedings of the Technology and Vocational Technical Education, Volume 2: 479-486. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zolkepeli Haron & Jasri Jamal. (2000). Penilaian ciri-ciri halaman web pendidikan guru
di Malaysia. Proceedings of the Strategising Teaching and Learning in the 21st Century. Volume 1. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


No comments:

Post a Comment